Bila sekian lama sepi. Bibit-bibit kerinduan itu terbit entah tetiba saja. Kalau dulu ada rasa; dendam, benci, kecewa. Kini, sebaliknya. Sah, cinta dan kasih pertama itu bukan mudah untuk terus dipadam dari dalam ingatan ini.
Andai wujud peluang kedua. Patut atau tidak diambil kesempatan yang datang itu. Patut atau tidak rasa pasrah yang negatif itu dilupakan.
Arghh.... sungguh terharu. Aku makin lembut hati.
Benci sungguh dengan kondisi sebegini.
11.7.08
Peluang Kedua
18.5.08
Kau Lagi. Pergi Jahanam!
Bawa diri. Aku pergi ke tempat yang pernah kami pergi dulu. Bukan mahu imbas kembali nostalgia kami pun. Tapi memang aku gemar ke tempat-tempat itu.
11.5.08
Sesali Keputusan Aku
Bila aku sudah terluka. Baru kau datang. Arghhh... perlu waktu doh. Bukan senang mau pujuk aku dengan kata-kata khianat kau tu.
Semua antara kita sudah berakhir. Jangan cuba untuk kembali lagi. Aku tau kau tak baca blog ini. Tapi aku mau tulis juga.
BODOH!
4.4.08
Haluan Masing-Masing
Aku mula dengan lembaran baru. Bila dulu dengan si dia aku seperti tidak boleh menerima hakikat akan dirinya yang sebenar. Walaupun dia telah memujuk aku untuk kembali. Tapi, bila satu hari itu, aku angkat panggilannya dan ajak dia untuk bertemu.
Proses konfrantasi itu sebenarnya menyedarkan kami. Masing-masing meluahkan apa yang tersimpan setelah sekian lama berkawan. Walaupun tempoh perhubungan itu hanyalah dua tahun. Namun, kami pada saat itu masih muda. Masih belum matang untuk semua itu. Ya, kata orang masih bergetah. Masih belum tahu.
Kalau ada peluang kedua, aku sendiri kata pada Juna, aku akan kembali tapi bukan sekarang. Kita perlu bawa haluan masing-masing dulu. (sedih)
4.3.08
Juna #02
Sudah dua minggu yayang menyepi di kamar. Teman serumah yayang pun risau. Malah, ada juga yang ajak yayang keluar pergi shoping lah, pergi tengok wayang lah. Mereka tau yayang bukan seperti sekarang. Tak ade semangat.
Yayang masih tidak membalas e-surat Juna. Apatah lagi smsnya.
Benci!
