18.5.08

Kau Lagi. Pergi Jahanam!

Bawa diri. Aku pergi ke tempat yang pernah kami pergi dulu. Bukan mahu imbas kembali nostalgia kami pun. Tapi memang aku gemar ke tempat-tempat itu.

Benci sungguh aku, bila terkenang dia. 
Aku ke sini untuk gembirakan diri aku. Bukan mahu terkenang akan kau.
Sihir apa kau guna-guna pada aku ni ya? Semahu menjerit pada bayang-bayangnya.
Aku kene jumpa bomoh juga lepas ini. Mahu hapus ingatan dan mimpi-mimpi akan dia.
JAHANAM!

11.5.08

Sesali Keputusan Aku


Bila aku sudah terluka. Baru kau datang. Arghhh... perlu waktu doh. Bukan senang mau pujuk aku dengan kata-kata khianat kau tu.

Semua antara kita sudah berakhir. Jangan cuba untuk kembali lagi. Aku tau kau tak baca blog ini. Tapi aku mau tulis juga.

BODOH!


5.5.08

Rasa Sakit

Sebulan berlalu. Bayang-bayang dia masih datang. Kalau tidak dikala tidur. Dikala mandi manda. Makin hari makin binggung aku dibuatnya. Tambahanlah, dalam tempoh sebulan ini juga dia tidak berhenti membuat rayuan.

Bertambah menyampah lagi bila aku melihat dia datang ke depan pintu rumah minggu lepas. Membawa itu ini. Kalaulah aku boleh maki dia depan-depan. Mungkin dia dah lama tidak datang lagi.

Segalanya yang kau rayu itu sudah tidak bermakna. Rasa sakit aku kerana pernah bercinta dengan dia telah buat aku berubah segalanya. Bertambah sakit.

Benci.