Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Love. Papar semua catatan

11.7.08

Peluang Kedua

Bila sekian lama sepi. Bibit-bibit kerinduan itu terbit entah tetiba saja. Kalau dulu ada rasa; dendam, benci, kecewa. Kini, sebaliknya. Sah, cinta dan kasih pertama itu bukan mudah untuk terus dipadam dari dalam ingatan ini.

Andai wujud peluang kedua. Patut atau tidak diambil kesempatan yang datang itu. Patut atau tidak rasa pasrah yang negatif itu dilupakan.

Arghh.... sungguh terharu. Aku makin lembut hati.

Benci sungguh dengan kondisi sebegini.



Technorati : , , ,

18.5.08

Kau Lagi. Pergi Jahanam!

Bawa diri. Aku pergi ke tempat yang pernah kami pergi dulu. Bukan mahu imbas kembali nostalgia kami pun. Tapi memang aku gemar ke tempat-tempat itu.

Benci sungguh aku, bila terkenang dia. 
Aku ke sini untuk gembirakan diri aku. Bukan mahu terkenang akan kau.
Sihir apa kau guna-guna pada aku ni ya? Semahu menjerit pada bayang-bayangnya.
Aku kene jumpa bomoh juga lepas ini. Mahu hapus ingatan dan mimpi-mimpi akan dia.
JAHANAM!

11.5.08

Sesali Keputusan Aku


Bila aku sudah terluka. Baru kau datang. Arghhh... perlu waktu doh. Bukan senang mau pujuk aku dengan kata-kata khianat kau tu.

Semua antara kita sudah berakhir. Jangan cuba untuk kembali lagi. Aku tau kau tak baca blog ini. Tapi aku mau tulis juga.

BODOH!


4.3.08

Juna #02

Sudah dua minggu yayang menyepi di kamar. Teman serumah yayang pun risau. Malah, ada juga yang ajak yayang keluar pergi shoping lah, pergi tengok wayang lah. Mereka tau yayang bukan seperti sekarang. Tak ade semangat.

Yayang masih tidak membalas e-surat Juna. Apatah lagi smsnya.

Benci!

21.2.08

Juna #01

Secebis e-surat Juna hantar. Minta konfesi daripada Yayang. Dari baris pertama sampai perenggan ke-7. Setiap perenggan punya pujuk rayu Juna, dia minta Yayang tidak tinggalkan dia.

Yayang masih fikir, perlukah yayang balas e-surat Juna? Memang Juna tidak salah. Memang Yayang sayang kat Juna lagi. Tapi, biarlah masa dan keadaan yang menentukan sekarang.

Yayang perlukan masa lagi untuk berfikir. Tunggu dan lihat.