Tabiat lama muncul kembali. Ketangih untuk menghisap rokok murah. Baunya busuk. Rakan serumah aku resah melihat aku begitu. Jenny suruh aku hisap rokok dia. Aku tak nak.
8.6.08
18.5.08
Kau Lagi. Pergi Jahanam!
Bawa diri. Aku pergi ke tempat yang pernah kami pergi dulu. Bukan mahu imbas kembali nostalgia kami pun. Tapi memang aku gemar ke tempat-tempat itu.
11.5.08
Sesali Keputusan Aku
Bila aku sudah terluka. Baru kau datang. Arghhh... perlu waktu doh. Bukan senang mau pujuk aku dengan kata-kata khianat kau tu.
Semua antara kita sudah berakhir. Jangan cuba untuk kembali lagi. Aku tau kau tak baca blog ini. Tapi aku mau tulis juga.
BODOH!
5.5.08
Rasa Sakit
Sebulan berlalu. Bayang-bayang dia masih datang. Kalau tidak dikala tidur. Dikala mandi manda. Makin hari makin binggung aku dibuatnya. Tambahanlah, dalam tempoh sebulan ini juga dia tidak berhenti membuat rayuan.
Bertambah menyampah lagi bila aku melihat dia datang ke depan pintu rumah minggu lepas. Membawa itu ini. Kalaulah aku boleh maki dia depan-depan. Mungkin dia dah lama tidak datang lagi.
Segalanya yang kau rayu itu sudah tidak bermakna. Rasa sakit aku kerana pernah bercinta dengan dia telah buat aku berubah segalanya. Bertambah sakit.
Benci.
4.4.08
Haluan Masing-Masing
Aku mula dengan lembaran baru. Bila dulu dengan si dia aku seperti tidak boleh menerima hakikat akan dirinya yang sebenar. Walaupun dia telah memujuk aku untuk kembali. Tapi, bila satu hari itu, aku angkat panggilannya dan ajak dia untuk bertemu.
Proses konfrantasi itu sebenarnya menyedarkan kami. Masing-masing meluahkan apa yang tersimpan setelah sekian lama berkawan. Walaupun tempoh perhubungan itu hanyalah dua tahun. Namun, kami pada saat itu masih muda. Masih belum matang untuk semua itu. Ya, kata orang masih bergetah. Masih belum tahu.
Kalau ada peluang kedua, aku sendiri kata pada Juna, aku akan kembali tapi bukan sekarang. Kita perlu bawa haluan masing-masing dulu. (sedih)
4.3.08
SMS Telefon Genggam #01
I miss you, yayang!
Juna setiap jam hantar mesej ini. Aku serabut! Aku perlu tukar nombor henpon selepas ini. Masakan ghadis macam aku boleh tahan dengan lelaki macam itu. Kau buat aku serabut OK!
Juna #02
Sudah dua minggu yayang menyepi di kamar. Teman serumah yayang pun risau. Malah, ada juga yang ajak yayang keluar pergi shoping lah, pergi tengok wayang lah. Mereka tau yayang bukan seperti sekarang. Tak ade semangat.
Yayang masih tidak membalas e-surat Juna. Apatah lagi smsnya.
Benci!
